Wednesday, October 29, 2014

DIARI KEHAMILAN : Tips Minum Air Gula Ketika Mengandung

Salam Pembaca

Sekarang sudah menjadi wajib untuk ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas menjalankan ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) atau lebih popular dikenali dengan minum air gula. Ujian MGTT ini wajib diambil 2 kali sepanjang kehamilan, dan wajib di ambil juga jika si ibu pengalami penambahan berat badan yang mendadak.

Kali Pertama Pengalaman Meminum Air Gula

Untuk kali pertama minum air gula, hanum minum pada usia baby 12 week. 1st time check up antenatal, nurse terus buat next appointment ujian MGTT walaupun family hanum tiada sejarah pengidap kencing manis. Siap tanya nurse, betul ke next check up kena buat. Rasa macam blur2 plus awal kandungan lagi. hihi. Nurse pun terangkan yang MGTT ini wajib ambil awal kehamilan dan trimester kedua.

Balik dari klinik kesihatan, semangat hanum duk godek-godek tips minum air gula. Rata-rata bagi feedback negatif. Seram duk terbayang! haha . Apatah lagi hanum jenis kurang dengan minuman/makanan manis even asal dari pantai timur. Bila duk godek tips dari mommy yang dah pernah minum air gula, semangat sikit ;)

Pengalaman Minum Air Gula Di Klinik Kesihatan Salak Tinggi

Setiap prosedur di mana-mana klinik swasta dan kerajaan adalah berbeza. Hanum diminta berpuasa,tanpa makan dan minum bermula dari jam 10 malam sehingga selesai ujian MGTT. Awal-awal tu dah start komplen dekat asben sebab sepanjang hamil ni wajib pukul 7 ambil sarapan. Kalau tak lapar bukan main lain.hihi. So, bertabahlah demi baby tahan lapar.

Selepas settle ambil giliran dan darah, tibalah sangat ditunggu-tunggu. Chewaaah! haha. Nurse panggil untuk minum air gula. Memandangkan tempat minum air tepat-tepat belakang kaunter nurse tak adalah part niat 'jahat' nak tuang separuh dalam singki ke. Haha.


Hanum dapat dalam gelas macam ni. Penuh satu gelas. Gambar ihsan dari google. Tapi alhamdulillah air gula tu dalam suam-suam, tak adalah muak sangat nak minum. Bolehlah minum sikit-skit sebab tak dapat nak telan sekaligus. Air gula dari klinik kesihatan majoriti plain, tak ada perasa apa-apa melainkan manis leting. hihi. Sesetengah klinik swasta ada yang sediakan perasa orange dan blackcurrent tue. Walau apapun minum air gula ni tak seteruk yang disangka, tak adalah manis macam "lori gula terbalik" tapi manis dari biasalah.

Disebabkan perut tengah kosong, campur pulak dengan manisnya air gula,itu yang buat perut menolak dan rasa nak muntah.Better rest dan baring. Jangan bagi sampai muntah kalau tak sia-sia je minum air gula. Ada je kena buat sekali lagi.

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil

 
Ujian MGTT dibuat untuk memastikan si ibu tidak mempunyai GDM (Gestational Diabetis Mellitus) iaitu kencing manis ketika hamil ataupun tidak. Ibu hamil yang mempunyai kencing manis harus menjalankan rawatan lanjutan sepanjang kehamilan.

Tips Minum Air Gula Ketika Hamil

1. Minum air gula dalam keadaan suam (klinik kerajaan bancuh dengan air panas, certaian review bagitahu ada klinik swasta bancuh dengan air sejuk)


2. Kalau boleh minum sekaligus air gula. Jangan minum lepas tu rileks-rileks pulak 5 minit sambung balik.

3. Siap minum gula, kumur-kumur untuk hilangkan rasa air gula dalam mulut. Kalau tak rasa melekit je air gula dalam mulut.

4. Jika rasa nak muntah, rest dan baring dalam kereta. Lagi bagus rest dalam bilik breastfeeding kalau bilik tu tak ramai orang

Sebelum minum air gula ni, kena buat urine test dan ambil darah dulu. Selepas 2 jam minum air gula, ambil sekali lagi darah.

Untuk result pulak, kalau tak silap hanum rata-rata klinik kesihatan akan beri result time next checkup. Melainkan klinik kesihatan akan call jika ada problem dengan result ujian MGTT kita

Alhamdulillah yeahhh untuk ujian MGTT pertama hanum adalah normal dan tak mempunyai GDM. Keputusan ujian MGTT hanum ialah


Fasting Blood Glucose : 4.2 mmol/L (normal range: 4.00-6.00 mmol/ml)
Modified Glucose Tolarance Test : 6.2 mmp;/L (normal range: 3.60-8.00 mmol/ml)

Untuk 1st ujian MGTT ni happy sangat sebab result blood pressure dan HB semua cun! HB hanum pun 13.7 sampai nurse suruh kekalkan sehingga nak bersalin.hihi. InsyaALLAH.

Apa yang hanum amalkan sepanjang prenancy ni ialah SET KEHAMILAN SHAKLEE dari awal kehamilan sehingga sekarang
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex
  • SR Vitamin C
  • Energizing Soy Protein
  • Ostematrix Calcium
  • dan untuk trimester kedua Omega Guard Fish Oil 
Selain dari shaklee, hanum amalkan juga amalan sunnah seperti kurma, kismis, madu dan pati delima dari jenama gulsan. Pati delima ni bagi hanum masam so hanum campurkan sedikit madu sebagai perasa dia.

Next ujian MGTT hanum ialah 19hb November ni pulak. Wish me good luck untuk cabaran ibu mengandung!haha

 
Pertanyaan, konsultasi atau order boleh email ke admin hanumsyahirah@gmail.com dan sms/whatsapp ke 016-278 6834. Jangan lupa LIKE Mommies Journey untuk mendapat tips  kesihatan dan berkongsi perjalanan menjadi seorang ibu.













 

Salam Sayang
  
KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI
KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE

2 comments:

  1. Wife saya hari ni buat MGTT, kandungan 9 minggu. Dah selesai MGTT, result tak dapat lagi. Hopefully normal.

    ReplyDelete
  2. waktu hamil diare sebabkan dehidrasi, trombosit juga turun, bahaya sekali, makasih infonya
    madu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...